saya nak tujukan entri ni utk semua perempuan.. especially yang belum berkahwin.
lately banyak kes2 perceraian berlaku. kawin arini, dua bulan lagi dah duduk2 asing2.
ada yg tak sampai 2 minggu pun kawen.
so, saya nak bg nasihat dan pandangan.
marilah kita yang perempuan bujang ni membeli rumah sebelum berkahwin.
guna duit sendiri.
sebab, kalau kita beli selepas berkahwin, rumah tu akan jd harta sepencarian.
walaupun 100% guna duit kita.
lelaki pun mcm tu gak sbnrnya. bila beli lepas berkahwin, akan jadi harta sepencarian.
so, cuba bayangkan.
anda semua pulun simpan duit.
cukup duit, anda beli rumah. mungkin duduk dgn suami atau mungkin tidak.
suami ni, hari ni dia suami kita. esok mungkin suami orang lain jugak.
apabila perceraian berlaku, suami yg menceraikan anda dengan tidak segan silu akan ke mahkamah menuntut harta sepencarian rumah yg anda beli dgn perit jerih tu.
dia memang ada hak.
kalau rumah tu terus dipertikaikan, ada kemungkinan mahkamah terpaksa arahkan rumah tu dijual.
dan hasil jualan dibahagi mengikut pembahagian yg mahkamah dah tetapkan.
tak ke anda terkebil2?
so, nasihat saya, beli lah sebuah rumah sebelum anda berkahwin.
kecil pun takper
kos rendah pun takpe
ikut kemampuan sendiri
dan jgn wujudkan keadaan suami anda banyak menyumbang ke atas pembayaran pinjaman rumah tu
atau mengubahsuai rumah tu
supaya anda ada tempat berteduh apabila ditinggalkan.
supaya anda ada harta yang anda tahu dia tak ada hak untuk menuntut.
suami anda bukan 100% milik anda
tapi insya allah
rumah yang anda beli sebelum berkahwin adalah 100% milik anda.
(saya tidak bermaksud anda tidak boleh mempercayai suami anda.
suami anda mungkin lelaki terbaik di muka bumi ini.
cuma saya ingin mengingatkan agar
kita menyediakan payung sebelum hujan..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan