31 Disember 2008

Harga hartanah, rumah merosot

Petikan dari Berita Harian, 31 Disember 2008

Oleh Che Wan Badrul Alias
chewan@bharian.com.my


Jatuh 15 peratus berikutan tempias krisis global

KUALA LUMPUR: Harga rumah dan hartanah mengalami kemerosotan lima sehingga 15 peratus berikutan tempias kelembapan ekonomi global serta kejatuhan harga keluli, iaitu komponen penting pembinaan hartanah baru-baru ini.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Ng Seing Liong, berkata berdasarkan makluman dan laporan ahli, pemaju perumahan terpaksa menurunkan harga berikutan permintaan semakin berkurangan.
Katanya, ia disebabkan semakin ramai pembeli mengurangkan perbelanjaan dan bebanan kredit sebagai persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia yang dijangka mula dirasai tahun depan khususnya dalam industri perumahan dan hartanah.

Beliau berkata, penurunan harga beberapa komponen utama bahan binaan seperti keluli yang kini hanya RM1,900 daripada RM4,100 satu tan turut menjadi penyumbang kepada kejatuhan harga rumah dan hartanah di beberapa tempat seluruh negara.

"Keadaan ini disebabkan krisis ekonomi global. Kejatuhan harga rumah dan hartanah berlaku mengikut tempat serta bergantung pada permintaan kerana masih ada tempat yang tidak terjejas.
"Kejatuhan harga hartanah paling teruk adalah 15 peratus.

"Mei lalu, kos pembinaan melonjak sehingga 30 peratus berikutan harga bahan binaan utama meningkat tapi ketika harganya jatuh, kos pembinaan dikurangkan sekali gus meringankan beban pemaju menyambung semula projek.

"Kini hanya kos pengangkutan masih tinggi," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mei lalu, akhbar melaporkan kerajaan memansuhkan harga siling besi keluli sebagai langkah mengurangkan beban yang ditanggung pemaju akibat kenaikan harga bahan api dunia, sekali gus supaya merancakkan kembali industri perumahan dan hartanah.
Dua bulan kemudian, kerajaan mengarahkan bank supaya menstruktur semula pembayaran balik pinjaman rumah bagi mengurangkan beban peminjam menghadapi kenaikan harga petrol dan diesel yang dinaikkan untuk kali pertama pada Jun lalu.
Hm.. kalau kite lihat, harga hartanah melonjak naik pertengahan tahun 208 berikutan kenaikan harga minyak menyebabkan kenaikan harga bahan pembinaan. Masa tu, One Sentul yg asalnya cuma 260k dah jadi 280k. Changkat View pun naik dlm 20k. Tapi nampaknyer, keadaan dah terbalik sekarang. so, kuasa dan peluang ada pada saper yg ada cash sekarang ni utk beli hartanah ni sementara harganya merudum.

No money?no talk...

Tiada ulasan: