harap masih belum terlewat untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua kawan2 dan pembaca blog ini. Atas segala salah silap terkasar bahasa di dalam penulisan ini mahupun yg mengenali saya secara peribadi, saya pohon ampun dan maaf. Saya memang seorang yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan.
Alhamdulillah raya kali ni berjaya dijalani dengan baik. Berpeluang beraya dengan ibu dan bapa saya serta turut mengunjungi kampung nenek di batu pahat. Cuma raya kali ni, kami dikejutkan dengan berita kemalangan makcik dan pakcik yg sama2 tinggal di jengka ni. Mereka dan dua org cucu dlm perjalanan pulng ke kampung di johor namun terbabas akibat pemandunya iaitu cucu mereka terlelap. Alhamdullillah.. orangnya selamat walaupun kalau tgk kedaan kereta, mmg sgt teruk kancil 660 tu terbabas, terpusing dan tercampak ke dlm parit dengan keempat2 tayar di atas. Alhamdulillah makcik, pakcik dan anak sedara sepupu selamat. Alhamdulillah.. Jadi, kepulangn kami ke johor kali ni sekali dengan melawat mereka di sri medan.
Esok insya allah akan pulang ke ibu kota. Doa saya, untuk kawan2 dan saya sendiri yg memandu pulang ke ibu kota semula, semoga selamat pjalanan kita semua. Hati2 memandu. Jangan kedekut masa utk berehat dahulu jika mengantuk. Biar lambat asal selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan