23 Julai 2008

vista angkasa - part 4 - financing a leasehold property

Aku ada baca beberapa buku mengatakan bank kurang beminat untuk memberi pembiayaan pinjaman perumahan kepada hartanah yang tempoh pajakan tanahnya kurang dari 60 tahun. malah mengikut buku2 berkenaan, ada bank yang lansung tak mahu bagi pinjaman pun..

Bagi kes Vista Angkasa aku, Alrajhi dan beberapa bank yang aku tanya pada dasarnya mengatakan aku layak membuat pinjaman sehingga 35 tahun berdasarkan umur semasa aku. Namun aku telah membuat keputusan untuk memohon pinjaman 30 tahun sahaja. Jumlah bayaran bulanan jika membuat pinjaman di Alrajhi sepatutnya adalah rm8xx.

Namun begitu, setelah menghantar permohonan kepada Alrajhi, aku dimaklumkan bahawa loan tu kena quiry. sebab? actually pajakan tanah di vista angkasa dah tinggal 67 tahun. so, kalau aku buat loan 30 tahun, bermakna balance pajakan tinggal 37 tahun sahaja. Bank tidak mahu menawarkan pinjaman kepada tanah yg pajakannya kurang dari 40 tahun, means balance 3- 4 thn last dari pinjaman tu bermasalah. Tu yang bak tak nak luluskan loan tu..

Keputusannya, aku terpaksa memendekkan tempoh pinjaman dari 30 tahun ke 26 tahun sahaja.. barulah loan akan tamat ketika tempoh pajakan tanah berbaki 40 tahun. kiramyer elok-elok je la.. so, bayaran bulanan pun meningkat ke rm9xx.. hahaha. padan muka aku..

hm.. ini juga bermakna, susah kalau aku nak jual vista ni nanti. tp insya allah aku takkan jual.

biler letter offer dah ready, aku terus sain surat tu.. tempat sain? ERL putrajaya.. hehe..sempoi..

Tiada ulasan: